The Chronicles of Narnia
The Chronicles of Narnia

The Chronicles of Narnia

The Chronicles of Narnia atau Riwayat Narnia merupakan sebuah siri yang mengandungi tujuh cerita fantasi kanak-kanak yang ditulis oleh C. S. Lewis. Ia dikelaskan sebagai sastera klasik kanak-kanak dan juga dikatakan sebagai hasil kerja terbaik pengarang tersebut. Lebih 95 juta naskhah salinan buku telah dijual dalam lebih 40 buah bahasa. Siri tersebut telah dikarang di antara tahun 1950 dan 1956. The Chronicles of Narnia mengandungi unsur keagamaan Kristian sambil menerapkan mitologi-mitologi Yunani dan Rom serta diselitkan juga dongengan Inggeris. Siri buku itu telahpun diadaptasi ke siaran radio, televisyen, pementasan dan filem. Babad (siri/hikayat berdasarkan masa) ini mempersembahkan pengembaraan dan penjelajahan kanak-kanak yang memainkan peranan sebagai orang tengah dalam membongkar sejarah yang tersirat di sebalik Narnia, iaitu tempat di mana haiwan berkata-kata, sihir adalah perkara biasa dan pertembungan di antara baik dan jahat.